SMART terima wakalah RM40k bagi tahun 2023

Kuantan 26 Julai 2023 (Fikrah Pahang)- Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib (SMART) hari ini menerima Sijil Penghargaan dari Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) apabila 100 peratus guru dan kakitangannya seramai 120 orang adalah pembayar zakat.

Sijil tersebut disampaikan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi), MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman kepada pengetua SMART, Muhammad Che Ibrahim dalam satu majlis yang di adakan di sekolah berkenaan.

Pengurus Zon Timur, Pusat Kutipan Zakat (PPZ) Pahang, Mohd Azmi Othman berkata, SMART layak menerima 30 peratus daripada hasil kutipan zakat menerusi skim wakalah zakat guru-guru di Pahang buat kali kedua berturut-turut yang juga merupakan sekolah dari Zon Timur ( Kuantan, Rompin, Pekan dan Muadzam Shah) yang pertama layak menerima wakalah tersebut.

” Kami masih memberi fokus kepada kempen Skim Wakalah Sekolah bagi menggalakkan guru dan kakitangan sekolah tampil menunaikan kewajipan membayar zakat dan berharap agar sekolah lain mencontohi SMART” katanya mengakhiri perbualan.

Oleh : Hariz Mustafa