SMK Selendang dapat pokok buah-buahan percuma

SMK Selendang dapat pokok buah-buahan percuma

ROMPIN: Pejabat Hutan Daerah (PHD) Rompin menyumbang dua ratus pokok buah-buahan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Selendang, di sini, sempena Program Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025.

Pegawai PHD Rompin, Shairani Mamat berkata, antara pokok yang diberikan adalah sentul, asam jawa, petai, mata kucing dan ciku.

Menurutnya, aktiviti menanam pokok dalam kawasan sekolah yang dilakukan oleh 50 pelajar dan 10 guru serta dibantu kakitangan PHD Rompin turut diadakan sempens program itu.

Katanya, pelajar juga turut diberi taklimat oleh Penolong Pengarah Hutan Silvikultur Pahang Timur, Wan Zaizielawany Wan Muhamad Zin berkaitan Program Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025 yang diadakan seluruh negara.

“Rata-rata pelajar begitu teruja apabila berpeluang menanam pokok kerana terdapat di kalangan mereka sebelum ini tidak pernah menanam pokok.

“Saya berharap pihak sekolah dan pelajar dapat memastikan pokok buah-buahan yang ditanam membesar dengan baik,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD