Solat Jumaat pertama orang Kampung Gol di masjid baharu

Solat Jumaat pertama orang Kampung Gol di masjid baharu

JERANTUT: Penduduk Kampung Gol, Tembeling Tengah, dekat sini, bertuah apabila dapat bersembahyang Jumaat buat kali pertama di masjid baharu, hari ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Gol, Abd Jamil Awang Mahmud, 52,  berkata, penduduk amat berterima kasih kepada penyandang Parlimen Jerantut, Dato’ Ahmad Nazlan Idris yang berusaha untuk mendapatkan masjid itu. 

“Masjid baharu ini boleh membuatkan kira-kira 300 jemaah dalam satu-satu masa, lebih selesa dan menggantikan masjid lama yang sudah uzur. 

“Malah, masjid yang mula digunakan pada solat Jumaat pertama lebih bermakna apabila Ahmad Nazlan sendiri membacakan khutbahnya,”  katanya. 

Sementara itu, Ahmad Nazlan berharap penduduk dapat mengimarahkan masjid yang berharga RM2 juta itu dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan  kemasyarakatan bagi merapat hubungan antara penduduk. – MUHAMMAD NAJMIE