PEKAN: Songkok tradisional Pekan yang memiliki reka bentuk menarik mula mendapat sambutan masyarakat sebagai persiapan menyambut Aidilfitri, awal April depan.
Pengusahanya, Mohd Nasrum Hassan, 50, berkata, selepas episod suram dua tahun
berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Ramadan kali ini lebih bermakna apabila permintaan songkok mula bertambah.
“Tempahan mula diterima pada awal Ramadan lagi. Walaupun agak perlahan tapi terdapat tanda permintaan.
“Saya berharap jualan songkok kali ini lebih baik. Saya pernah menjual sehingga kira-kira seribu songkok sebulan,” kata yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam pembuatan songkok. – MOHD IMRAN IZZAD