Sri Pahang asah skil di Muadzam Shah

Sri Pahang asah skil di Muadzam Shah

SRI Pahang FC memilih Muadzam Shah, di Rompin sebagai destinasi pilihan menjalani latihan menjelang saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Difahamkan, pemilihan Muadzam Shah berikutan keadaan cuaca tidak menentu di Kuantan terutama selepas daerah itu dilanda banjir, Disember 2021. 

Menerusi hantaran Facebook rasmi kelab itu, skuad kendalian Christophe Gamel itu memulakan latihan pertama, malam tadi.

Latihan itu memberi penekanan kepada aspek kecergasan selepas rehat panjang sebaik Liga M berakhir November lalu. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN