Oleh Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
KETUA jurulatih Sri Pahang FC, Sri Pahang FC buntu apabila kehilangan enam pemain utama akibat kecederaan dan penggantungan apabila berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jumaat ini.
Mereka adalah kapten, Muslim Ahmad, Nor Azam Azih, Zuhair Aizat Mohd Nazri, Helmi Eliza Elias dan Zarif Irfan Hashimuddin yang mengalami kecederaan.
Khidmat pemain pertahanan import pula iaitu Herold Goulon tidak dapat ditagih kerana digantung satu perlawanan kerana mengutip tiga kad kuning.
Bagi Dollah, beliau terkilan ketika skuad Tok Gajah amat memerlukan tambahan mata pada baki empat perlawanan dalam usaha memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Super.
Katanya, tanpa enam pemain terbabit, barisan pemain sedia ada diharap dapat mempamerkan prestasi terbaik mereka.
“Biarpun sedar bakal berdepan saingan gentir, saya percaya mereka dapat beraksi pada tahap terbaik,” katanya.
Selepas mengharungi 18 perlawanan, skuad Tok Gajah berada di tangga ke-10 dengan mengutip 17 mata.