SRI Pahang FC dikatakan bakal memiliki import baharu untuk mengharungi baki saingan Liga Super musim ini.
Menurut sumber, sekurang-kurangnya tiga import baharu akan menyarung jersi skuad Tok Gajah pada jendela perpindahan pemain.
Sehingga ini, saya difahamkan tiga import akan ditukar untuk meletakkan Sri Pahang pada prestasi terbaik.
“Fokus utama pasukan ialah untuk memperkasakan jentera serangan yang agak tumpul,” katanya.
Difahamkan, tiga pemain import yang bakal digantikan ialah Mahmoud Za’tara, Billy Ketkeophomphone dan Johan Martial.
Dua lagi import iaitu Mamadou Samassa dan Manuel Hidalgo dikatakan selamat selepas pengurusan kelab berpuas hati dengan komitmen yang dipersembahkan. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN