Sri Pahang belum dijamin selamat

Sri Pahang belum dijamin selamat

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

PENGURUSAN Sri Pahang FC (SPFC) menuntut pemainnya tampil cemerlang pada lima baki perlawanan Liga Super.

Ketua Pegawai Eksekutif SPFC, Dato’ Mohammed Suffian Awang, berkata jika prestasi meyakinkan itu dapat terjemahkan, Sri Pahang mampu memperbaiki kedudukan.

Katanya, ini kerana berada pada kedudukan kesembilan ketika ini belum menjamin kelab itu terselamat daripada zon penyingkiran.

“Mahu atau tidak Sri Pahang perlu menang untuk semua baki lima perlawanan selepas ini,” katanya.

Skuad Dollah Salleh kini mengumpul 17 mata daripada 17 perlawanan dan diekori Melaka United di tangga kesepuluh dengan 16 mata hasil 18 perlawanan.