Sri Pahang berdepan skuad Projek FAM-MSN pada pusingan kedua Piala FA

Sri Pahang berdepan skuad Projek FAM-MSN pada pusingan kedua Piala FA

SRI Pahang FC diundi berdepan skuad Projek FAM-MSN pada pusingan kedua Piala FA pada majlis undian yang dijalankan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) secara dalam talian, hari ini.

Skuad bimbingan Christophe Gamel akan melayan kunjungan pemain muda itu yang dijadualkan berlangsung pada 13 atau 14 Mei ini, tertakluk kepada perubahan MFL.

Pada pusingan pertama piala berprestij itu, skuad Tok Gajah menang 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti untuk mara ke pusingan kedua selepas diikat 0-0 oleh Manjung City FC.

Namun, Sri Pahang tidak boleh memandang mudah pasukan yang beraksi di Liga Perdana musim ini jika ingin layak ke pusingan seterusnya.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN