SRI Pahang FC bakal berdepan tugas sukar apabila berkunjung ke Stadium Likas untuk bertemu Sabah FC, malam esok.
Ketua jurulatih Christophe Gamel, berkata kelebihan Sabah kerana skuad itu memiliki sebahagian besar bekas pemain kebangsaan.
Namun, katanya, anak buahnya diharap memberi tentangan untuk cuba menafikan Sabah mencatat kemenangan.
“Fokus utama dalam kalangan semua pemain ialah membentuk persefahaman dan mengekalkan komitmen sepanjang perlawanan.
“Jika ia dapat dilakukan, Sri Pahang sekurang-kurangnya mampu membawa pulang mata,” kata jurulatih dari Perancis itu.
Selepas lapan perlawanan, Sri Pahang berada di kedudukan ketujuh Liga Super dengan mengutip lapan mata. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN