Sri Pahang berlatih di Pekan sebelum ke Terengganu

Sri Pahang berlatih di Pekan sebelum ke Terengganu

SRI Pahang FC menjalani latihan pusat di Pekan sebelum menyertai Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru di Kuala Terengganu pada 5-9 Februari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC, Dato’ Mohammed Suffian Awang, berkata latihan pusat yang bermula Sabtu lalu, diyakini membantu membentuk persefahaman.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan barisan pemain sedia sedia termasuk lima import mampu memberikan impak positif buat Sri Pahang.

“Namun, kita lebih fokus kepada persefahaman kerana sebahagian besar pemain musim ini dibarisi pemain baharu.

“Dengan menyertai kejohanan ini ia diharap membantu sebagai persediaan menghadapi saingan getir sebaik Liga Super bermula Mac depan,” katanya.

Pada kejohanan empat penjuru itu, selain Sri Pahang, ia disertai dua pasukan tuan rumah iaitu Terengganu FC (TFC) dan TFC II selain Penang FC.

Kejohanan itu diadakan bagi merebut Piala YAB Menteri Besar Terengganu. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN