Sri Pahang dituntut tingkat prestasi

Sri Pahang dituntut tingkat prestasi

 

Muhammad Izz Zahin 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

SRI Pahang FC dituntut mempertingkatkan prestasi apabila berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Darul Makmur, Rabu ini. 

Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif kelab, Dato’ Mohammed Suffian Awang tidak mahu faktor kecederaan yang membelenggu pemain utama menjadi penghalang kebangkitan skuad digelar Tok Gajah itu. 

“Memang ramai pemain utama mengalami kecederaan, tapi harapan kini disandarkan kepada pemain sedia ada untuk baki tiga perlawanan. 

“Kita juga tidak boleh kehilangan mata pada tiga perlawanan itu untuk mengelak berada di zon penyingkiran,” katanya di Kuantan, hari ini. 

Selepas 19 perlawanan, skuad Tok Gajah kini berada di kedudukan ke-10 dengan mengutip 17 mata. 

Dua pasukan yang berada di zon penyingkiran ialah Perak FC dan UiTM FC, masing-masing mengutip 13 dan sembilan mata.