LANGKAH SRI Pahang FC tampak gagah selepas mencatat kemenangan 2-1, ke atas Terengganu FC (TFC) II di Stadium Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.
Pada perlawanan pertama Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru di Kuala Terengganu itu, skuad kendalian Christophe Gamel dua gol pelawat oleh Sean Giannelli pada ‌minit ke-27 dan Baqiuddin Shamsudin m-76.
Gol tunggal TFC II dijaringkan oleh penyerang, Fazli Ghazali pada m-32.
Pada perlawanan itu, skuad Tok Gajah hanya menyenaraikan seorang pemain import iaitu Billy Ketkeophomphone dan Nick Swirad diberikan tugas selaku kapten.
Malam esok, Sri Pahang akan berdepan Penang FC pada perlawanan kedua di Stadium Ismail Nasiruddin Shah.
Perlawanan terakhir kejohanan bagi merebut Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2022 itu bertemu TFC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Rabu ini.
Kejohanan itu membabitkan empat pasukan iaitu membabitkan TFC, TFC II, Sri Pahang dan Penang FC – MUHAMMAD IZZ ZAHIN