Sri Pahang gagal sekat Penang FC

Sri Pahang gagal sekat Penang FC

Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpang.com.my

SRI Pahang gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila tewas 1-2 kepada Penang FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam ini.

Namun, pada perlawanan itu, tiada jaringan dihasilkan kedua-dua pasukan pada babak pertama biarpun masing-masing hampir membolosi gawang.

Hanya pada babak kedua, jaringan dapat disaksikan yang dimulakan dengan jaringan Sri Pahang, Kenny Athiu pada minit ke-60.

Tujuh minit kemudian, Penang berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil jaringan kapten pasukan, Endrick Dos Santos pada minit ke-67.

Tidak lama selepas itu iaitu pada minit ke-72, pemain gantian, Muhammad Danial Ashraf Abdullah menjaringkan gol kedua buat Penang FC untuk mendahului 2-1 sehingga tamat perlawanan.

Kekalahan malam ini menyaksikan Sri Pahang jatuh satu anak tangga pada kedudukan ke-10, namun kekal dalam Liga Super musim depan dengan 18 mata.

Dua pasukan tercorot liga, Perak FC dan UiTM FC, terpaksa bersaing di Liga Perdana musim depan.