Sri Pahang idam tiga mata berdepan TFC, Sabtu ini

Sri Pahang idam tiga mata berdepan TFC, Sabtu ini

SRI Pahang FC mengidam tiga mata apabila melayan kunjungan Terengganu FC (TFC) pada aksi Liga Super di Stadium Darulmakmur, Sabtu ini.

Ketua jurulatihnya, Christophe Gamel berkata, kelebihan yang dimiliki iaitu beraksi di laman sendiri perlu dimanfaat sebaiknya.

“Sudah tentunya kami bermain untuk menang dan diharapkan semua pemain berada pada prestasi terbaik walaupun tanpa beberapa pemain utama.

“Tapi, tiada yang mustahil dengan sokongan padu daripada penyokong,” katanya jurulatih berasal dari Perancis itu.

Sabtu ini, Sri Pahang memulakan kempen Liga Super dengan perlawanan pertama berdepan TFC.

Sri Pahang yang berwajah baharu musim ini dibarisi sebahagian besar pemain baharu termasuk import yang menyasarkan lima tempat teratas liga. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN