Sri Pahang idam tiga mata

Sri Pahang idam tiga mata

Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

SRI Pahang FC yang akan bertemu Penang FC di Stadium Darul Makmur Ahad ini, mengidamkan tiga mata dalam usaha memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Super musim ini.

Justeru, skuad bimbingan Dollah Salleh itu akan memastikan perlawanan berkenaan akan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Sri Pahang.

Bagi pemain pertahanan, Faisal Rosli, dia dan pasukan tidak mahu mahu terlepas tiga mata selepas dikecewakan oleh Kedah apabila terikat 2-2, Rabu lalu.

“Sudah pasti kami mahu menang kerana tiga mata yang diraih itu akan meletakkan kedudukan lebih baik dalam saingan Liga Super musim ini.

“Oleh itu, kami yang mempamerkan komitmen tinggi sepanjang perlawanan untuk memastikan lawan pulang tanpa sebarang mata,” katanya di Kuantan, hari ini.

Selepas 20 perlawanan, skuad Tok Gajah berada di kedudukan kesembilan liga dengan mengutip 18 mata.