SRI Pahang FC akan melayan kunjungan Penang FC apabila kedua-dua pasukan diundi bertemu pada saingan suku akhir Piala FA.
Dalam undian yang dijalankan hari ini, dua pasukan terbawah Liga Super itu mempunyai peluang sama rata untuk layak ke separuh akhir piala berprestij berkenaan.
Namun, peluang lebih cerah buat Sri Pahang kerana menjadi tuan rumah untuk perlawanan kalah mati itu di Stadium Darul Makmur pada 23 Julai ini.
Justeru, skuad Tok Gajah yang pernah menjulang Piala FA sebanyak tiga kali pada 2006, 2014 dan 2018, perlu memanfaatkan peluang itu.
Jika menang, Sri Pahang akan berdepan sama ada Melaka United atau Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi separuh akhir nanti. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN