Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
SRI Pahang FC gagal mencatat kemenangan selepas hanya seri 2-2 dengan Kedah Darul Aman (KDA) FC pada aksi tertunda Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan, sebentar tadi.
Pada perlawanan itu, KDA lebih dahulu menjaringkan gol pendahuluan hasil sentuhan Mohamad Amirul Hisyam Awang Kechik pada minit ke-11.
Namun, penyerang import tuan rumah, Kenny Athiu menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-29 dan keputusan 1-1 itu kekal pada separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, pemain gantian, Mohd Syazwan Zainon kembali meletakkan KDA 2-1 selepas menewaskan penjaga gol Sri Pahang, Daniel Wafiuddin Sa’dun pada minit ke-67.
Tiga minit sebelum perlawanan tamat, gol penyamaan tuan rumah, sekali lagi menerusi Athiu memastikan Sri Pahang seri 2-2.