Sri Pahang layan Manjung City di Kuantan, 23 Mac ini

Sri Pahang layan Manjung City di Kuantan, 23 Mac ini

SELEPAS tertunda akibat jangkitan Covid-19, Sri Pahang akan melayan kunjungan Manjung City FC pada pusingan pertama Piala FA, di Stadium Darul Makmur, 23 Mac ini.

Dengan pengumuman jadual baharu itu, skuad bimbingan Christophe Gamel akan memulakan saingan piala berprestij itu berdepan pasukan amatur, Manjung City.

Jadual baharu itu diumumkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menerusi hantaran Facebook rasmi MFL, hari ini.

Mengikut jadual asal, kedua-dua pasukan sepatutnya bertemu pada 12 Mac lalu, tetapi tidak dapat diadakan disebabkan sebahagian besar pemain dan pegawai Sri Pahang dijangkiti Covid-19.

Justeru, peminat skuad Tok Gajah yang selama ini menantikan perlawanan pertama boleh beramai-ramai ke Stadium Darul Makmur pada 23 Mac ini. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN