Sri Pahang mampu menyerlah pada kempen Piala Malaysia

Sri Pahang mampu menyerlah pada kempen Piala Malaysia

Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

PENJAGA gol utama Sri Pahang FC, Helmi Eliza Elias percaya skuad itu akan menyerlah bagi menghadapi kempen Piala Malaysia musim ini.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, persembahan kurang memberangsangkan pada saingan Liga Super akan ditebus dengan prestasi menyakinkan.

Katanya, segala kelemahan diharap dapat diperbaiki sebelum saingan piala berprestij itu bermula nanti.

“Pada saingan Liga Super musim ini, kami tidak dapat menurunkan kesebelasan utama kerana berdepan masalah kecederaan.

“Namun, peningkatan prestasi yang dipersembahkan pada perlawanan menentang Kedah Darul Aman KDA) FC dan Penang FC lalu membuktikan Sri Pahang mampu menyerlah pada kempen Piala Malaysia nanti,” katanya di Kuantan, hari ini.

Penjaga gol berusia 38 tahun itu masih lagi menjadi tonggak utama skuad Tok Gajah musim ini.