Sri Pahang muncul naib juara Piala Bandaraya Shah Alam 2021

Sri Pahang muncul naib juara Piala Bandaraya Shah Alam 2021

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Sri Pahang FC muncul naib juara Piala Bandaraya Shah Alam 2021 yang berlangsung di Shah Alam, Selangor.

  Kejohanan membabitkan tiga pasukan itu yang berakhir semalam, menyaksikan Terengganu FC (TFC II) muncul juara manakala UiTM FC di tempat ketiga.

Aksi pemain Sri Pahang (jersi kuning) ketika bertemu UiTM FC di Shah Alam.

  Pasukan yang dilatih Thomas Dooley itu terpaksa berpuas hati selaku naib juara selepas sekadar mencatat keputusan seri 2-2 ketika berdepan TFC II manakala seri tanpa jaringan bertemu UiTM FC.

  Kelebihan jaringan menyaksikan TFC II dinobatkan juara pada edisi pertama Piala Bandaraya Shah Alam 2021.

  Bagi Dooley, penyertaan Sri Pahang lebih kepada persediaan pasukan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) yang dijadualkan berlangsung pada 5 Mac ini.

Pemain Sri Pahang FC,  Pedro Henrique Oliveira dikawal pemain UiTM FC dalam perlawanan di Shah Alam.

  “Setakat ini, persiapan pasukan itu berada pada tahap 70 peratus menjelang pembukaan saingan Liga M. Diharapkan prestasi semua pemain akan meningkat.

  “Penyertaan pada kejohanan itu juga lebih kepada membentuk persefahaman di kalangan semua pemain,” katanya.

  Pada aksi pembukaan Liga Super musim ini, Sri Pahang akan memulakan saingan liga itu bertemu Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 6 Mac ini.