Sri Pahang perlu pertajam gandingan serangan

Sri Pahang perlu pertajam gandingan serangan

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KETUA Pegawai Eksekutif Sri Pahang FC (SPFC), Dato’ Mohammed Suffian Awang mahu pemain lebih agresif untuk baki lima perlawanan Liga Super.

Oleh itu, katanya, tempoh dua minggu tanpa perlawanan diharap membantu meningkatkan prestasi semua pemain di samping memperbaiki kelemahan yang ada.

“Bagi saya jentera serangan perlu lebih tajam untuk membantu pasukan mencatat kemenangan sekali gus meletakkan kedudukan lebih selamat,” katanya.

Ketika ini, kedudukan skuad bimbingan Dollah Salleh belum terjamin apabila berada di kedudukan kesembilan liga selepas 17 perlawanan.

Ini kerana tiga lagi pasukan yang berada di bawah iaitu Melaka United, Perak FC dan UiTM FC turut sama mahu mengelak berada di zon penyingkiran.