Sri Pahang raih tiga mata

Sri Pahang raih tiga mata

Muhammah Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

SRI Pahang menamatkan badi dua seri berturut-turut selepas menewaskan PJ City FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan, sebentar tadi.

Gol tunggal dijaringkan penyerang import, Aung Kaung Man pada separuh masa pertama sudah cukup mrmbantu skuad Tok Gajah mrngutip tiga mata di laman sendiri, namun tetap mendapat tentangan sengit daripada PJ City FC.

Pada perlawanan itu, Kaung Mann menjaringkan gol selepas menewaskan penjaga gol PJ City, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi pada minit ke-15.

PJ City turut memiliki peluang menerusi Mahali Jasuli tetapi bola tendangan penyerang itu melepasi palang gol pada minit ke-28.

Bersambung babak kedua, ketinggalan satu gol menyaksikan pelawat menggandakan asakan ke kubu tuan tumah.

Namun, jentera pertahanan diketuai kapten pasukan, Muslim Ahmad berjaya menafikan peluang lawan dan perlawanan itu menyaksikan Sri Pahang melakar kemenangan ketika PJ City akur pulang tanpa mata.