PEMAIN pertahanan Sri Pahang FC, Fandi Othman dan rakan sepasukan tidak rela terlepas mata apabila berdepan Selangor, Jumaat ini.
Katanya, kemenangan 3-1 ke atas Penang FC pada 23 April lalu, cukup bermakna sekali gus meningkatkan motivasi untuk mengekalkan momentum kemenangan.
“Biarpun Selangor dilihat memiliki kelebihan, kami akan memastikan tiga mata menjadi milik pasukan dan akan bekerja keras sepanjang 90 minit perlawanan
“Saya harap rezeki kami dapat mengutip tiga mata Jumaat ini,” katanya di Kuantan, hari ini.
Selepas empat perlawanan, skuad Tok Gajah berada di kedudukan kesembilan liga dengan mengutip empat mata daripada empat perlawanan. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN