CHRISTOPHE Gamel yang berpengalaman menggilap bakat pemain dan disenangi tonggak muda adalah antara kriteria beliau dianggap pilihan tepat dipilih sebagai Ketua Jurulatih Sri Pahang, musim ini.
Menurut kenyataan dalam laman rasmi Sri Pahang FC (SPFC), pengalaman Gamel membimbing ramai pemain muda di Perancis dan Qatar amat menepati kehendak Sri Pahang.
Justeru, Siri Pahang FC amat berbesar hati apabila Gamel bersetuju untuk menggalas tugas baharunya bersama Pahang.
Untuk rekod, Gamel terbabit dalam bidang kejurulatihan sejak 1990 bersama pasukan CS Meaux B-9 dan pernah membimbing skuad Qatar B-17 dan B-19 selain menjadi ketua jurulatih pasukan kebangsaan Fiji.