Sri Pahang tagih sentuhan Kaung Mann dan Athiu

Sri Pahang tagih sentuhan Kaung Mann dan Athiu

Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

SENTUHAN jaringan dua penyerang import, Aung Kaung Maan dan Kenny Athiu ditagih Sri Pahang FC apabila berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok.

Ketua jurulatih pasukan, Dollah Salleh berkata, masalah ketumpulan pada dua perlawanan sebelum ini diharap tidak berpanjangan dalam usaha membantu pasukan.

Sehubungan itu, katanya, jentera bahagian tengah dan pertahanan diharap membantu dan lebih bersedia untuk mengekang asakan skuad Harimau Selatan itu.

“Fokus utama semua pemain ialah tidak melakukan kesilapan mudah serta kekal fokus sepanjang 90 minit perlawanan,” katanya di Kuantan, hari ini.

Mengulas ketiadaan Helmi Eliza Elias dan Zarif Irfan Hashimuddin selaku penjaga gol utama dan kedua, Dollah berkata, Daniel Wafiuddin Sa’dun menjadi pilihan utama berdepan JDT, malam esok.

“Prestasi mantap yang dipersembahkan ketika berdepan Kuala Lumpur City FC diharap membantu untuk Daniel bermain dengan lebih baik,” katanya.