Sri Pahang tak mahu terlepas mata

Sri Pahang tak mahu terlepas mata

SRI Pahang FC yang akan melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Makmur Jumaat ini, tidak mahu terlepas mata.

Justeru, ketua jurulatih skuad itu, Dato’ Dollah Salleh meminta anak buahnya tidak terikut-ikut dengan corak permainan lawan.

“Lebih-lebih lagi, berdepan JDT yang kini berada pada prestasi terbaik termasuk menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 3-1, malam tadi.

“Pemain perlu kekal fokus sepanjang 90 minit perlawanan untuk menyekat lawan daripada membolosi gawang,” katanya di Kuantan, hari ini.

Pada pusingan pertama 18 Mac lalu, skuad Tok Gajah berjaya mengikat Harimau Selatan itu 2-2 di Stadium Sultan Ibrahim.

Selepas 19 perlawanan, Sri Pahang berada di kedudukan ketujuh liga dengan mengutip 24 mata. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN