SRI Pahang FC akan menyertai Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru di Kuala Terengganu pada 5-9 Februari ini.
Kejohanan bagi merebut Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2022 itu membabitkan Terengganu FC (TFC) selaku tuan rumah selain TFC II dan Penang FC.
Kejohanan itu akan diadakan di dua venue iaitu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang, Dato’ Mohammed Suffian Awang, berkata penyertaan Sri Pahang di kejohanan itu lebih kepada persediaan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
“Sudah pasti Sri Pahang mahu meraih kejayaan terbaik di kejohanan itu selain membentuk persefahaman yang lebih baik,” katanya. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN