Oleh Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
KUANTAN: Sri Pahang FC tidak terburu-buru untuk menyenaraikan dua pemain di bawah kuota import bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang FC, Datuk Mohammed
Suffian Awang berkata, setakat ini, ada beberapa pemain dari Asia dan Asia Tenggara yang menjadi pilihan.
Bagaimanapun, katanya, Sri Pahang tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan untuk mendapatkan pemain serangan dan pertahanan.
“Mengikut perancangan, kita lebih berminat kepada penyerang dari Asia Tenggara manakala pemain Asia pula beraksi di bahagian pertahanan.

“Diharapkan perbincangan yang sedang dilakukan ini menjadi kenyataan dan dua pemain import ini akan membantu memantapkan lagi pasukan musim ini,” katanya.
Sebelum ini, skuad bimbingan Thomas Dooley itu sudah
menandatangani kontrak tiga pemain import.
Mereka adalah Sergio Aguero, Lee Tuck dan Herold Goulon yang masing-masing beraksi di posisi serangan, tengah dan pertahanan.
tamat/pma