KUANTAN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berusaha membantu usahawan tempatan memasarkan produk mereka ke luar negeri ini.
Pengarahnya, Saiful Sadri berkata, program pemasaran rentas negeri (PRN) yang diperkenalkan adalah antara kaedah membantu usahawan agromakanan bangkit semula mengharungi pasca Covid-19.
Menurutnya, usahawan dapat mempromosikan produk mereka di luar Pahang yang mungkin mendapat permintaan menggalakkan daripada masyarakat setempat.
“Fama Pahang juga ada membuka peluang berniaga kepada usahawan luar Pahang untuk datang berniaga di pasar tani di negeri ini. Kita berusaha membantu golongan peniaga tempatan dan luar.
“Beberapa usahawan dari Pulau Pinang dan Melaka ada yang menyertai PRN di Pasar Tani Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang,” katanya.
Beliau berkata, FAMA kini membuka peluang kepada usahawan agromakanan negeri ini untuk cuba berniaga di pasar tani di negeri yang mereka jangka mampu memasarkan produk keluaran mereka.
Saiful berkata, FAMA Pahang akan membantu usahawan menguruskan tempat atau pasar tani yang sesuai untuk mereka berniaga. – MOHD IMRAN IZZAD.