PASUKAN Unit Perlindungan dan Pemuliharaan Hutan muncul juara selepas menewaskan Unit Kepelbagaian Biologi Hutan 1-0 pada Kejohanan Dodgeball Pejabat Silvikultur Negeri (PSN) Sekilau 2022
di Dewan Pejabat Pembangunan Hutan Bukit Sekilau, di sini kelmarin.
Kejohanan kali pertama diadakan itu disertai sembilan pasukan unit dibawah PSN Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP).
Ketua pasukan Unit Perlindungan dan Pemuliharaan Hutan, Nurfazliza Kamarulbahrin, berkata persefahaman dan semangat tinggi dalam kalangan pemain menjadi faktor utama pasukannya muncul juara pada kejohanan itu.
Menurutnya, pada perlawanan akhir, pemain tampil dengan matlamat merangkul kejuaraan, namun tentangan sengit lawan memaksa penentuan hingga ke penghujung permainan.
“Walaupun rata-rata pemain baru kali pertama mencuba permainan Dodgeball, ia tidak menjejaskan corak permainan sebenar sukan berkenaan yang mana setiap pasukan perlu meletakkan seorang pemain wanita.
“Saya harap permainan ini akan lebih popular dalam kalangan kakitangan JPNP dari semasa ke semasa,” katanya yang juga Penolong Pengarah Silvikultur (Zon Pahang Timur I) JPNP. – MOHD IMRAN IZZAD