Sumbangan 500 bakul makanan kepada golongan rentan di Temerloh

Sumbangan 500 bakul makanan kepada golongan rentan di Temerloh

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@gmail.com

TEMERLOH: Sebanyak 500 bakul makanan disampaikan kepada golongan rentan di daerah ini menerusi Program Bantuan Bakul Makanan yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan pada 2020.

Sumbangan bakul itu disampaikan YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail; Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Dato’ Sri Abdul Latif Abdul Kadir.

Menurut Tengku Zafrul, kerajaan telah memperkenalkan Program Bantuan Bakul Makanan sejak 2020 bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan dalam menghadapi cabaran pandemik COVID-19.

“Di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), sebanyak RM50 juta diperuntukkan untuk program bakul makanan.

“Menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pula, kerajaan memperuntukkan RM300,000 bagi setiap Ahli Parlimen untuk mengagihkan bantuan bakul makanan kepada penduduk di kawasan masing-masing,” katanya menerusi Facebook, hari ini.