Sumbangan bakul makanan ringankan beban peniaga

Sumbangan bakul makanan ringankan beban peniaga

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@gmail.com

LIPIS: Golongan peniaga yang tidak berdaftar tidak dipinggirkan Kerajaan Pahang ketika negara masih lagi berdepan penularan pandemik COVID-19.

Justeru, 68 peniaga dari Mukim Gua dan Mukim Batu Yon 2 yang terkesan dengan wabak terbabit menerima bantuan bakul makanan daripada Kerajaan Pahang.

Penyerahan bakul makanan itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Dato’ Mustapa Long,.

Menurut Mustapa, daripada 68 peniaga itu, masing-masing 15 peniaga dari Mukim Gua yang menerima bantuan itu di Pusat Khidmat ADUN Padang Tengku manakala 43 peniaga dari Mukim Batu Yon 2 di Balai Raya Merapoh.

“Terima kasih kepada YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail kerana tiada yang terpinggir dan tercicir dalam menerima bantuan ini yang diharap membantu meringankan beban mereka,” katanya.