KUANTAN: Kerajaan Pahang merakamkan ucapan terima kasih kepada Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) dan Malaysia Rail Link (MRL) Sdn Bhd atas sumbangan kepada Tabung Bencana Banjir Pahang 2021, hari ini.
YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi hantaran di Facebook, berkata RM200,000 diterima kerajaan negeri, masing-masing RM150,000 daripada KOSMA dan MRL pula RM50,000.
“Insya-Allah, sumbangan ini kita akan kembalikan kepada rakyat negeri Pahang yang telah terjejas oleh bencana banjir baru-baru ini,” katanya.
Selasa, 4 Januari, Wan Rosdy menerima sumbangan 250 unit Oximeter daripada Petronas di samping RM100,000 daripada Nilaitek Properties dan Real Estate And Housing Developers Association (RM30,000). – MUHAMMAD IZZ ZAHIN