KUANTAN: Empat sungai, masing-masing dua di Pekan manakala satu di Maran dan Rompin merekodkan bacaan air sungai melepasi paras amaran, pada kira-kira 12 tengah hari, hari ini.
Di Pekan, ia membabitkan Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini dan Sungai Pahang di Paloh Hinai manakala Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran dan Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia, Rompin.
Sementara itu, sebelas sungai pula merekodkan bacaan melepasi paras waspada iaitu Sungai Kechau di Kampung Dusun, Lipis; Sungai Tembeling di Kampung Merting dan Sungai Pahang di Sungai Yap, Jerantut.
Selain itu, Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh dan Sungai Pahang di Waterfront, Bera.
Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang; Sungai Pahang di Kampung Chenor dan Sungai Luit di kampung Subuh, Maran.
Di Kuantan pula Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, Sungai Kuantan di Pasir Kemudi dan Sungai Belat di Seri Damai. – MUHAMMAD IZZ ZAH