Sungai Keratong melepasi paras bahaya

Sungai Keratong melepasi paras bahaya

KUANTAN: Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia, Rompin, merekodkan bacaan melepasi paras bahaya sehingga kira-kira 1 petang, hari ini.

Menerusi laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Keratong merekodkan 11.14 meter (m) berbanding kira-kira 11m yang ditetapkan bagi paras bahaya.

Lima sungai pula merekodkan bacaaan melepasi paras amaran adalah Sungai Triang di Triang, Bera; Sungai Pahang (Lubuk Paku, Maran), Sungai Pahang (Paloh Hinai, Pekan), Sungai Belat (Seri Damai, Kuantan) dan Sungai Luit (Kampung Subuh, Maran).

Sembilan sungai melepasi paras waspada adalah Sungai Lipis di Batu Malim, Raub dan  Sungai Semantan (Jambatan Keretapi Mentakab, Temerloh), Sungai Pahang (Kampung Chenor, Maran), Sungai Jempol (Rancangan FELDA Jengka, Maran), Sungai Kundang (Jambatan Sungai Kundang, Maran) dan Sungai Lepar (Jambatan Gelugor, Kuantan).

Sungai Jelai di Kuala Medang di Lipir dan Sungai Jelai di Jeti Lipis serta Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera turut melepasi paras waspada.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN