Sungai Pahang di Paloh Hinai melepasi paras amaran

Sungai Pahang di Paloh Hinai melepasi paras amaran

KUANTAN: Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan, merekodkan bacaan melepasi paras amaran, setakat 10 pagi ini.

Menerusi laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sungai itu merekodkan bacaan 9.91 meter (m) berbanding paras amaran ditetapkan iaitu 9.67m.

Dua sungai di Maran pula merekodkan bacaan melepasi paras waspada iaitu Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang dan Sungai Pahang di Lubuk Paku.

Selain itu, Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia, Rompin dan Sungai Belat di Seri Damai, di sini. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN