Sungai Pahang di Pekan dan Maran melepasi paras amaran

Sungai Pahang di Pekan dan Maran melepasi paras amaran

KUANTAN: Dua sungai di Pahang, masing-masing satu di Pekan dan Maran merekodkan bacaan melepasi paras amaran, setakat 11 pagi ini.

Menerusi laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula, sungai itu ialah Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan dan Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran.

Enam sungai merekodkan bacaan melepasi paras waspada adalah Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia, Rompin; Sungai Pahang di Kuala Sungai  Chini, Pekan dan Sungai Belat di Seri Damai.

Tiga sungai lain pula di Maran iaitu Sungai Pahang di Kampung Chenor; Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang dan Sungai Jempol di Rancangan FELDA Jengka di Maran.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN