KUANTAN: Sungai Triang di Taman Agropolitan Chemomoi, Bentong, melepasi paras berjaga-jaga, lapor Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), hari ini.
Menurut portal publicinfobanjir.water.gov.my , paras air Sungai Triang mencatatkan bacaan 52.19 meter (m) berbanding 51.86m pada paras berjaga-jaga.Paras normal Sungai Triang pula ialah 50m.
Sehubungan itu, penduduk berhampiran sungai berkenaan dan kawasan rendah dinasihatkan berjaga-jaga.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan notis angin kencang timur laut melebihi 60 kilometer (km) sejam dengan ombak setinggi 4.5m dijangka berlaku di perairan Pahang hingga 11 Disember ini.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN
Ends/tony