KUANTAN: Sungai Triang di Triang, Bera, masih merekodkan bacaan melepasi paras bahaya pada 12 tengah hari ini.
Menerusi laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Triang merekodkan bacaan 34.56 meter (m) berbanding 34.50m yang ditetapkan bagi paras bahaya.
Tiga sungai melepasi paras amaran adalah Sungai Jempol di Rancangan FELDA Jengka, di Maran dan Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan dan Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan.
Lapan sungai melepasi paras waspada adalah Sungai Tanum di Jambatan Chegar Perah, Lipis; Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang, Maran; Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran dan Sungai Pahang di Waterfront, Bera.
Selain itu, Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera; Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia, Rompin; Sungai Semantan di Jambatan Keretapi Mentakab, Temerloh dan Sungai Lepar di Jambatan Gelugor. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN