Syabas adik Maryam, kata Perdana Menteri

Syabas adik Maryam, kata Perdana Menteri

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@gmail.com

KUANTAN: YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Maryam Muzamir, 11, murid tahun lima itu memenangi tiga pingat emas di The 6th International Invention, Innovation Competition (iCAN) di Toronto, Kanada.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera turut mendoakan agar murid Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Methodist, Kuantan, itu terus menempa lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

“Keluarga Malaysia amat berbangga dengan pencapaian adik Maryam. Syabas dan tahniah di atas kejayaan merangkul tiga pingat emas,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Maryam mengharumkan Malaysia melalui inovasi makanan haiwan yang diperbuat daripada siput sedut dan juga kulit udang.

Maryam mengetepikan 600 peserta lain daripada 70 negara dalam pertandingan terbesar di benua Amerika Utara itu di samping muncul pemenang paling muda.