KUANTAN: Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menerima dua anugerah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sempena Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia peringkat kebangsaan 2021.
Datuk Bandar MBK, Dato’ Hamdan Hussin berkata, kejayaan itu menerusi Program Membasmi Denggi dan Premis Makanan Bersih.
Katanya, pengiktirafan itu adalah atas usaha MBK dalam menamatkan tiga episod wabak denggi di Taman Pandai Damai 2 yang membabitkan 1,400 penduduk di 350 unit rumah menerusi Program Membasmi Denggi.
“Premis Makanan Bersih pula atas usaha MBK meningkatkan tahap kebersihan 15 premis makanan di Teluk Cempedak dari gred C kepada gred A,” katanya.
Anugerah berkenaan disampaikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican kepada Hamdan. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN