Syabas Taqiyuddin, kata Tok Wan

Syabas Taqiyuddin, kata Tok Wan

YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengucapkan tahniah dengan pencapaian pesilat negara, Mohd Taqiyuddin Hamid yang meraih pingat emas pada temasya Sukan Sea Hanoi, Vietnam.

Katanya, pencapaian anak kelahiran Maran itu muncul juara dalam acara akhir ganda lelaki pencak silat bersama gandingannya, Sazzlan Yuga, amat membanggakan.

“Saya mendapat berita gembira dari Hanoi atas kejayaan Mohd Taqiyuddin merangkul emas ketujuh negara di Sukan Sea yang sedang berlangsung di bandar raya itu ketika ini.

“Mereka tidak berdepan masalah mengetepikan cabaran pesilat Singapura dan berjaya memberi persembahan terbaik untuk menarik perhatian juri dengan mengumpul mata kemenangan 9.950 mata.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan. Saya tumpang berbangga atas kejayaan ini. Semoga para atlet lain terus mencipta kejayaan gemilang di sana, Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN