EMPAT pingat emas menjadi sasaran atlet menembak Pahang, Wan Muhamad Syafiq Wan Mustaza pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 di Kuala Lumpur, September depan.
Atlet kebangsaan kelahiran Kuantan itu akan berjuang dalam empat acara 10 dan 50 meter individu dan berpasukan air pistol.
“Saya yakin mampu meraih pingat sekurang-kurangnya empat emas untuk kontinjen Pahang pada SUKMA kali ini walaupun saingan diterima daripada beberapa pencabar dijangka sengit,” katanya.
Dia berkata, pada SUKMA Perak 2018 dirinya membawa pulang satu pingat emas.
Syafiq berkata, walaupun prestasi lalu agak sukar dicapai, tidak mustahil pencapaian berkenaan dapat dilakukan. – MOHD IMRAN IZZAD