Syed Ibrahim santuni keluarga A Chok sempena Tahun Baru Cina

Syed Ibrahim santuni keluarga A Chok sempena Tahun Baru Cina

TEMERLOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad tidak ketinggalan untuk turut sama memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina.

Semalam, Syed Ibrahim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang hadir ke rumah keluarga A Chok di Kerdau, di sini.

“Kire last lah ni berayenya – ke rumah A Chok. Dia ni kire orang tua lah kepada masyarakat Cina di Kerdau.

“Suka sangat anak beranak dia. Kite pun ape lagi turut sama memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Masyarakat Tionghua merayakan Tahun Baru Cina, semalam, yang mewakili permulaan tahun baru dalam kalendar Lunar. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN