Syukur ada BSR, BSM 

Syukur ada BSR, BSM 

KUANTAN: Sekurang-kurangnya 1,724 murid dan pelajar menerima Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) dan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Yayasan Pahang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Beserah.

Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Dato’ Indera Mustaffar Kamal Ab Hamid, berkata jumlah keseluruhan peruntukan membabitkan RM517,200.

Katanya, pemberian biasiswa itu dalam usaha membantu meringankan beban kepada keluarga murid dan pelajar yang kurang berkemampuan.

“Dengan biasiswa ini murid dan pelajar dapat membeli barang keperluan persekolahan yang diharap memberikan manfaat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian BSR dan BSM Yayasan Pahang bagi DUN Beserah di Dewan Orang Ramai Balok, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, 100 murid dan pelajar menerima biasiswa berkenaan yang diwakili ibu dan bapa. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN