KUANTAN: Kebimbangan arah kiblat yang tidak tepat di Masjid Ittifaqiah Taman Sri Inderapura (MITSI), di sini,
akhirnya terlerai selepas proses menyemak dan menentukan semula arah kiblat dilakukan pihak berkuasa agama memberikan keputusan positif.
Pengerusi MITSI, Ideris Abu Bakar berkata, pegawai Jabatan Mufti Negeri Pahang dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuantan membuat semakan bagi mencari sudut dan menentukan arah kiblat dan keputusanya amat memuaskan.
Menurutnya, sebelum ini jemaah bimbang kerana dikatakan terdapat arah kiblat beberapa surau dan masjid di Pahang sedikit tersasar.
“Selepas berbincang dengan ahli jawatankuasa MITSI, kami memutuskan untuk memanggil pihak berkuasa untuk menyemak semula arah kiblat masjid.
“Alhamdulillah, selepas disemak arah kiblat yang digunakan selama ini tidak banyak berubah daripada segi sudutnya. Alat pengukur elektronik yang digunakan pihak berkuasa menguatkan lagi keputusan itu,” katanya.- MOHD IMRAN IZZAD