KUANTAN: Hanya 301 mangsa banjir daripada 89 keluarga masih berada di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di Pekan, Rompin dan Maran, pagi ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang memaklumkan jumlah itu membabitkan 161 mangsa banjir di Pekan, diikuti Rompin (79 orang) dan Maran (61 orang).
Jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 364 mangsa banjir daripada 104 keluarga di 10 PPS, semalam.
Sementara itu, berdasarkan maklumat Portal Public InfoBanjir bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tiga sungai di Pahang merekodkan bacaan melepasi paras waspada.
Masing-masing, satu sungai di Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub; Sungai Triang di Taman Agropolitan Chemomoi Bentong Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang, Maran. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN