Syukur bantuan tiba tepat pada masanya

Syukur bantuan tiba tepat pada masanya

Zulkepli Osman

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

Gambar Zulkepli Osman

MARAN: Seramai 203 orang murid berkeperluan khas (MBK) bagi sekolah rendah dan menengah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jengka, hari ini menerima sumbangan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2021 berjumlah RM250 setiap seorang.

Sumbangan disampaikan di Sekolah Kebangsaan (SK) Jengka 22 secara pandu lalu oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pelajaran Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Hadir sama menyaksikan majlis, Ahli DUN (ADUN) Jengka, Shahril Azman Abd Halim Al-Hafiz.

Sementara itu, ibu kepada penerima, Norsaliah Mat Tasi, 34, dari Jengka 22 berkata, bantuan itu sememangnya diperlukan terutama apabila pendapatan keluarga murid terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan COVID-19.

JENGKA 08 Ogos 2021.Norsaliah Mat Tasi, 34.

“Alhamdulillah, saya berasa bersyukur sangat terima bantuan ini yang tiba di saat keluarga kami memang memerlukannya.

“Insya-Allah, bantuan ini akan digunakan dengan sebaiknya untuk membeli keperluan harian bagi anak saya,” katanya yang mempunyai seorang anak istimewa berusia 13 tahun.