Syukur, dapat bantuan sebelum ke sekolah 

Syukur, dapat bantuan sebelum ke sekolah 

PEKAN: Sekurang-kurangnya 2,165 murid dan pelajar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menerima Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) dan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Yayasan Pahang serta bantuan Pahang Pride Student. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Mohd Sharim Md Zain berkata, 1,067 menerima bantuan Pahang Pride Student iaitu barangan kelengkapan sekolah manakala 1,098 menerima BSR dan BSM Yayasan Pahang.

Menurutnya, penerima terdiri daripada murid dan pelajar dari keluarga B40 yang menetap FELDA dan beberapa kampung tradisional di daerah ini.

Katanya, bantuan berkenaan bukti keprihatinan Kerajaan Pahang di bawah pimpinan YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, yang sentiasa memikirkan nasib rakyat di semua peringkat.

“Saya berharap BSR dan BSM dapat membantu keluarga murid dan pelajar,” katanya dalam Majlis Penyampaian BSR dan BSM di Dewan Dato’ Shah Bandar Chini, di sini, kelmarin. – MOHD IMRAN IZZAD